Saturday, May 25, 2013

Roti Pita Nipis & Kari Rusa

Assalamualaikum. Harini bersiaran lagi secara live dari dapur rumah kita. Muehehe. Harini terasa nak menguli plus nak makan kari. So seperti biasa, acara kebek mengebek peti ais pun terjadi.

Rusa @ payau nie dah lama bermastautin dalam freezer kat rumah. Sebab ayahanda bawak balik dari bulan 2 haritu kalau tak salah. Asyik lupa je kehadiran beliau dalam freezer tu. Hehe. Jadi harini terjadi la acara menguli. Boleh pulak kehabisan yeast time saat2 genting (lapo) nie. Maka ku gantikan dengan baking soda + baking powder + dough softener. Alhamdulillah menjadi walaupun doh tu tak naik sangat.

Untuk kari tu pulak, masak macam biasa je cuma adunan serbuk kari tu I tambahkan sedikit rempah beriani. Sedap ahhh! Cewah puji sendiri masak pulak. Haha. Oh ye, I tak gunakan santan. Gantikan dengan susu cair. Konon2 menjaga diet la kannn :P







Spaghetti Bolognese with Salad

Yeayyy, menu simple kembali lagi. Hehe. Punya la teruja sebab harini tak payah masak teruk2. Sebab tukang makan adalah mereka2 yang tak cerewet. Maka terhasil lah spaghetti & salad je. Untuk kuah bolognese tu I tambah mixed herbs yang menaikkan lagi aroma ditambah dengan cendawan butang dan sosej. Memang sedap kalau tengah lapo. Hehe. Jemput makan :)






Tuesday, May 21, 2013

Puding Roti Simple & Sedap

Assalamualaikum semua. Semoga semua sihat2 hendaknya. Harini baru terperasan bungkusan roti Gardenia yang dah dua hari tak berusik. Kat rumah berdua je, so roti nie lambatlah sikit laku. Hehe.

Tiba2 terfikir nak buat puding roti. Hape lagi terus la kebek (kebek?) peti ais ambik telur, esen vanilla, susu segar etc. Resepi nie hanya menggunakan roti, susu, gula, telur, mentega & esen.

Memandangkan I kurang suka pakai gula putih dalam sebarang menu, so I gantikan dengan gula perang. Rasanya tetap mabelesss. Cewah, angkat bakul sendiri tu. Muahaha.









Selalunya orang tabur kismis. Tapi memandangkan I kehabisan stok kismis, I gantikan dengan almonds & chocolate rice. Maka ada la rasa chocolatey sikit :)

Monday, May 20, 2013

Red Velvet Cake

Harini hari ke-2 I kat rumah. Almaklumlah, dah start cuti. Maka bermula le projek godek - menggodek kat dapur. Hewhew. So lepas Maghrib tadi ku mulakan dengan projek Red Velvet Cake.

Resepinya dapat daripada blog Kak Hasue. Kak Hasue nie merupakan salah seorang blogger masakan idola beta. Beliau sangat lah kretif macam Kak Ita Masam Manis.

Kalau nak resepi & tengok gambar2 Red Velvet Kak Hasue, nie linknya :- http://sue-hasue.blogspot.com/2012/10/resepi-kek-baldu-merah-dan-cheese.html


Kat bawah nie adalah hasil menggodek tadi. Taraaa...




Zoom sikittt...


Oh, dan memandangkan tekak I tak berapa boleh terima cream cheese, so I gantikan dengan butter cream. Still sedap sebab kek nie memang lembut & moist :)


Saturday, May 18, 2013

Nasi Hujan Panas

Mesti biasa makan kan? Nasi nie selalu dihidangkan dengan ayam masak merah & acar timun. Rasanya memang sedap tapi yang membuatkan nasi nie nampak fabulous sebab kaler2 dia je. Hewhew

Taraaa...Gambar sekeping je ada. Penyegan nak snap byk2 :P


Kek Pisang Mabelesss

Teringin pulak nak makan kek pisang harini. So apa lagi, dekat setengah jam meng-google resepi kek pisang yang dirasakan paling menepati citarasa. Muehehe. Last2 terjumpa yang Kak Umi_e buat. Berdasarkan laporan2 masakan, nampak cambest je & respond semua sgt2 la menggalakkan. Terus la ku kidnap resepi nie.

Nie linknye : (punya malas nak copy paste resepi)

Nie lah hasil daripada peng-kidnap-an tadi. Nasibbb menjadi. *grin
Kualiti gambar agak tak best maklumlah pakai phone cikai. Hewhew




Pavlova Ma Bebeh

Demam pavlova melanda lagi. Entah kenapa, asal balik rumah je mood ber-pavlova pasti menjelma. Agaknya dah boring sangat kot. Pastu bahan - bahan nak buat pavlova nie mudah je. Takyah cakap banyak, moh kita tengok bahan - bahannya. Zasssss!


Pavlova :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka/ jus perahan lemon

Topping pavlova:
200ml Non dairy whipping cream
Fresh fruits - strawberries, blueberries, kiwi, mango, etc


Cara - caranya :
1. Mula - mula sekali kita panaskan oven ke suhu 140c. Jangan memandai letak suhu 200c eh. Then bila dah masukkan pavlova dalam oven, turunkan ke suhu 110c je.

2. Kemudian kita pukul putih telur menggunakan mixer sampai betul - betul kembang @ soft peak. Yang kalau terbalik tak jatuh tu. Kalau nak try pukul pakai tangan pun boleh. Tapi takut tak jadi la. Haha.

3. Bila dah betul2 kembang, masukkan gula castor. Pukul lagi sampai la adunan jadi putih gebu macam u'olls.

4. Kemudian masukkan tepung jagung, esen vanilla & cuka. Putar sampai sebati ye.

5. Agak - agak dah sebati, boleh la gunakan spatula untuk transfer adunan ke dalam loyang. Make sure dah lapik loyang tu dengan baking paper.

5. Nak membentuk pavlova pun ada cara wooooo. Kena make sure kawasan tengah lebih rendah dari sekeliling. (betul ke ayat haku nie?) Kira macam tengah2 tu tenggelam la...

6. Selepas dah mengikut bentuk yang diyakini, masukkan dalam oven yang dah direndahkan suhu tadi. Bakar selama 1 jam 15 minit.

7. Lepas 1 jam 15 minit jangan terus buka oven tu ye. Biar dulu pavlova tu lepak2 dalam tu...

8. Lepas pavlova dah sejuk boleh lah letak topping. Toppingnya mudah sahaja. Pukul whipping cream sampai betul2 kental dan sapukan atas pavlova. Lumur la banyak mana cream yang korang suka. Kalau suka cream banyak tambahkan sukatan cream tu. Kemudian susun buah2 segar kat atas pavlova tu. Siappp!


Jeng jeng jeng...Nie yang mula - mula buat...







Yang nie yang 2nd time...


Pages