Saturday, May 18, 2013

Pavlova Ma Bebeh

Demam pavlova melanda lagi. Entah kenapa, asal balik rumah je mood ber-pavlova pasti menjelma. Agaknya dah boring sangat kot. Pastu bahan - bahan nak buat pavlova nie mudah je. Takyah cakap banyak, moh kita tengok bahan - bahannya. Zasssss!


Pavlova :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka/ jus perahan lemon

Topping pavlova:
200ml Non dairy whipping cream
Fresh fruits - strawberries, blueberries, kiwi, mango, etc


Cara - caranya :
1. Mula - mula sekali kita panaskan oven ke suhu 140c. Jangan memandai letak suhu 200c eh. Then bila dah masukkan pavlova dalam oven, turunkan ke suhu 110c je.

2. Kemudian kita pukul putih telur menggunakan mixer sampai betul - betul kembang @ soft peak. Yang kalau terbalik tak jatuh tu. Kalau nak try pukul pakai tangan pun boleh. Tapi takut tak jadi la. Haha.

3. Bila dah betul2 kembang, masukkan gula castor. Pukul lagi sampai la adunan jadi putih gebu macam u'olls.

4. Kemudian masukkan tepung jagung, esen vanilla & cuka. Putar sampai sebati ye.

5. Agak - agak dah sebati, boleh la gunakan spatula untuk transfer adunan ke dalam loyang. Make sure dah lapik loyang tu dengan baking paper.

5. Nak membentuk pavlova pun ada cara wooooo. Kena make sure kawasan tengah lebih rendah dari sekeliling. (betul ke ayat haku nie?) Kira macam tengah2 tu tenggelam la...

6. Selepas dah mengikut bentuk yang diyakini, masukkan dalam oven yang dah direndahkan suhu tadi. Bakar selama 1 jam 15 minit.

7. Lepas 1 jam 15 minit jangan terus buka oven tu ye. Biar dulu pavlova tu lepak2 dalam tu...

8. Lepas pavlova dah sejuk boleh lah letak topping. Toppingnya mudah sahaja. Pukul whipping cream sampai betul2 kental dan sapukan atas pavlova. Lumur la banyak mana cream yang korang suka. Kalau suka cream banyak tambahkan sukatan cream tu. Kemudian susun buah2 segar kat atas pavlova tu. Siappp!


Jeng jeng jeng...Nie yang mula - mula buat...







Yang nie yang 2nd time...


No comments:

Post a Comment

Pages