Monday, March 25, 2013

Orange Buttery Cake

Bila tiba mood membaking, apa lagi...Segala macam kaler2 icing ada. I buat kek nie sempena my lil bro's 16th birthday. Dia mintak banana cake at first and I was like, "Wehhh, nobody requested banana cake for their birthday celebration laaa!" Kalau dia mintak chocolate mousse banana cake, then it is acceptable. But banana cake? Whattt? Whattt? Bukan apa, cuma tak sesuai nak letak icing or segala cream2 bagai nanti.

Akibat dah terlebih icing, maka bertompoklah icing kat tengah2 kek tu. Nak simpan macam tak berbaloi, pasal nampak macam sikit. Sekali letak kat kek, tudiaaa. Anyway, resepi nie memang best. Kek naik cantik dan rasa lembut je. Manisnya pun secukup rasa. Kalau tak silap I ambik resepi nie dari MyResepi. Tenkiu kepada tuan empunya resepi dan mintak ampun sebab dah alter sikit :)


Bahan - bahan
250gm atau 1 ½ cawan tepung naik sendiri
175gm atau 1 cawan gula halus
175gm atau 1 cawan butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu segar atau susu cair
Parutan kulit oren
Jus dari 1 biji oren
Sedikit esen oren


Cara – cara 
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung, parutan kulit oren, susu segar, esen oren dan jus oren. Pukul sebati.
5. Bakar hingga masak. (45min - 1 jam / 175 celcius)





No comments:

Post a Comment

Pages