Thursday, March 21, 2013

Craving for...Pizza?

Bila bercakap pasal pizza, mesti ter-imagine Canadian Pizza, Dominos atau Pizza Hut kan? Tambah2 yang ada cheese meleleh - leleh tu kan? Haha. I prefer Dominos sebab less 'greasy' dan toppingnya banyak pilihan. Kalau home - made lagi best, boleh letak topping macam2. Nak sampai melimpah pun takpe kan, hehe.

Jadi I nak share resepi doh pizza yang selalu I buat. Resepi doh nie bukan saja boleh dibuat doh pizza, buat bun dan donut pun boleh ;)

Bahan - bahan
600 gm tepung berprotein tinggi
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
5 sudu kecil yeast
1 biji telur
250 ml air suam
2 sudu besar mentega

Sos spaghetti secukupnya
Bawang
Cendawan
Lada Benggala
Isi ayam / Daging
Mixed herbs / Oregano
Tomato
Keju mozarella, parmesan, cheddar & etc

Cara - cara
1. Campurkan tepung, gula dan garam. Gaul rata, masukkan yeast.
2. Gaulkan adunan tepung tadi dengan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Buatkan bulatan ditengah - tengah, pecahkan telur dan gaul.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis. Uli sehingga menjadi doh.
5. Tutup doh dah biarkan selama 30 - 45 minit.

Selepas 30 minit, doh akan mengembang. Lagi elok kalau biarkan 45 minit. Keluarkan doh, tumbuk2 sikit (tumbuk manja2 je eh). Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Dalam masa yang sama, panaskan oven pada suhu 170c. Canaikan doh. Nak buat bulat boleh, petak pun boleh.

Mulakanlah proses dekorasi, hehe. Sapukan doh dengan sos spaghetti (kalau takde, letak sos cili & tomato pun ok), tabur oregano, isi ayam, bawang, cendawan, lada benggala, tomato dan macam2 lagi. Akhir sekali baru tabur parutan cheese. Siap untuk dibakar. Selamat mencuba ;)




No comments:

Post a Comment

Pages