Saturday, May 25, 2013

Roti Pita Nipis & Kari Rusa

Assalamualaikum. Harini bersiaran lagi secara live dari dapur rumah kita. Muehehe. Harini terasa nak menguli plus nak makan kari. So seperti biasa, acara kebek mengebek peti ais pun terjadi.

Rusa @ payau nie dah lama bermastautin dalam freezer kat rumah. Sebab ayahanda bawak balik dari bulan 2 haritu kalau tak salah. Asyik lupa je kehadiran beliau dalam freezer tu. Hehe. Jadi harini terjadi la acara menguli. Boleh pulak kehabisan yeast time saat2 genting (lapo) nie. Maka ku gantikan dengan baking soda + baking powder + dough softener. Alhamdulillah menjadi walaupun doh tu tak naik sangat.

Untuk kari tu pulak, masak macam biasa je cuma adunan serbuk kari tu I tambahkan sedikit rempah beriani. Sedap ahhh! Cewah puji sendiri masak pulak. Haha. Oh ye, I tak gunakan santan. Gantikan dengan susu cair. Konon2 menjaga diet la kannn :P







Spaghetti Bolognese with Salad

Yeayyy, menu simple kembali lagi. Hehe. Punya la teruja sebab harini tak payah masak teruk2. Sebab tukang makan adalah mereka2 yang tak cerewet. Maka terhasil lah spaghetti & salad je. Untuk kuah bolognese tu I tambah mixed herbs yang menaikkan lagi aroma ditambah dengan cendawan butang dan sosej. Memang sedap kalau tengah lapo. Hehe. Jemput makan :)






Tuesday, May 21, 2013

Puding Roti Simple & Sedap

Assalamualaikum semua. Semoga semua sihat2 hendaknya. Harini baru terperasan bungkusan roti Gardenia yang dah dua hari tak berusik. Kat rumah berdua je, so roti nie lambatlah sikit laku. Hehe.

Tiba2 terfikir nak buat puding roti. Hape lagi terus la kebek (kebek?) peti ais ambik telur, esen vanilla, susu segar etc. Resepi nie hanya menggunakan roti, susu, gula, telur, mentega & esen.

Memandangkan I kurang suka pakai gula putih dalam sebarang menu, so I gantikan dengan gula perang. Rasanya tetap mabelesss. Cewah, angkat bakul sendiri tu. Muahaha.









Selalunya orang tabur kismis. Tapi memandangkan I kehabisan stok kismis, I gantikan dengan almonds & chocolate rice. Maka ada la rasa chocolatey sikit :)

Monday, May 20, 2013

Red Velvet Cake

Harini hari ke-2 I kat rumah. Almaklumlah, dah start cuti. Maka bermula le projek godek - menggodek kat dapur. Hewhew. So lepas Maghrib tadi ku mulakan dengan projek Red Velvet Cake.

Resepinya dapat daripada blog Kak Hasue. Kak Hasue nie merupakan salah seorang blogger masakan idola beta. Beliau sangat lah kretif macam Kak Ita Masam Manis.

Kalau nak resepi & tengok gambar2 Red Velvet Kak Hasue, nie linknya :- http://sue-hasue.blogspot.com/2012/10/resepi-kek-baldu-merah-dan-cheese.html


Kat bawah nie adalah hasil menggodek tadi. Taraaa...




Zoom sikittt...


Oh, dan memandangkan tekak I tak berapa boleh terima cream cheese, so I gantikan dengan butter cream. Still sedap sebab kek nie memang lembut & moist :)


Saturday, May 18, 2013

Nasi Hujan Panas

Mesti biasa makan kan? Nasi nie selalu dihidangkan dengan ayam masak merah & acar timun. Rasanya memang sedap tapi yang membuatkan nasi nie nampak fabulous sebab kaler2 dia je. Hewhew

Taraaa...Gambar sekeping je ada. Penyegan nak snap byk2 :P


Kek Pisang Mabelesss

Teringin pulak nak makan kek pisang harini. So apa lagi, dekat setengah jam meng-google resepi kek pisang yang dirasakan paling menepati citarasa. Muehehe. Last2 terjumpa yang Kak Umi_e buat. Berdasarkan laporan2 masakan, nampak cambest je & respond semua sgt2 la menggalakkan. Terus la ku kidnap resepi nie.

Nie linknye : (punya malas nak copy paste resepi)

Nie lah hasil daripada peng-kidnap-an tadi. Nasibbb menjadi. *grin
Kualiti gambar agak tak best maklumlah pakai phone cikai. Hewhew




Pavlova Ma Bebeh

Demam pavlova melanda lagi. Entah kenapa, asal balik rumah je mood ber-pavlova pasti menjelma. Agaknya dah boring sangat kot. Pastu bahan - bahan nak buat pavlova nie mudah je. Takyah cakap banyak, moh kita tengok bahan - bahannya. Zasssss!


Pavlova :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka/ jus perahan lemon

Topping pavlova:
200ml Non dairy whipping cream
Fresh fruits - strawberries, blueberries, kiwi, mango, etc


Cara - caranya :
1. Mula - mula sekali kita panaskan oven ke suhu 140c. Jangan memandai letak suhu 200c eh. Then bila dah masukkan pavlova dalam oven, turunkan ke suhu 110c je.

2. Kemudian kita pukul putih telur menggunakan mixer sampai betul - betul kembang @ soft peak. Yang kalau terbalik tak jatuh tu. Kalau nak try pukul pakai tangan pun boleh. Tapi takut tak jadi la. Haha.

3. Bila dah betul2 kembang, masukkan gula castor. Pukul lagi sampai la adunan jadi putih gebu macam u'olls.

4. Kemudian masukkan tepung jagung, esen vanilla & cuka. Putar sampai sebati ye.

5. Agak - agak dah sebati, boleh la gunakan spatula untuk transfer adunan ke dalam loyang. Make sure dah lapik loyang tu dengan baking paper.

5. Nak membentuk pavlova pun ada cara wooooo. Kena make sure kawasan tengah lebih rendah dari sekeliling. (betul ke ayat haku nie?) Kira macam tengah2 tu tenggelam la...

6. Selepas dah mengikut bentuk yang diyakini, masukkan dalam oven yang dah direndahkan suhu tadi. Bakar selama 1 jam 15 minit.

7. Lepas 1 jam 15 minit jangan terus buka oven tu ye. Biar dulu pavlova tu lepak2 dalam tu...

8. Lepas pavlova dah sejuk boleh lah letak topping. Toppingnya mudah sahaja. Pukul whipping cream sampai betul2 kental dan sapukan atas pavlova. Lumur la banyak mana cream yang korang suka. Kalau suka cream banyak tambahkan sukatan cream tu. Kemudian susun buah2 segar kat atas pavlova tu. Siappp!


Jeng jeng jeng...Nie yang mula - mula buat...







Yang nie yang 2nd time...


Monday, April 8, 2013

LIMA' Langkawi 2013


As we all know, LIMA' (Langkawi International Maritime & Aerospace) Exhibition was held from 26th - 30th of March 2013. I went there with my course mates & friends. As trade visitors, we got an exclusive chance to met with well known people from various aviation companies, Royal Malaysian Air Force, British Air Force, and etc. It was a very interesting event although the weather was extremely hot (I got sunburnt tho). :P

















Monday, March 25, 2013

Buah nam - nam @ Buah katak puru?

Biasa dengar kan? Ala, yang rupa dia pelik2 sikit tu? Walaupun rupanya tak handsome mana, tapi buah nam-nam @ katak puru nie sedap kot. Tambah2 kalau cicah dengan kicap cili. Iskh, meleleh ayaq lioq. Buah nie rasanya masam kelat2 sikit dan tak payah buang kulit. Setengah orang tak basuh teruih ngap, haaa, lagi terraaa...

Gambar2 dibawah adalah ehsan Incik Google dan juga dari blog Kak Nor Mala Shahar. Menurut Kak Nor Mala (facts la kot), buah nie jugak boleh membantu menurunkan berat badan & penyakit darah tinggi. Caranya minum air rebusan daun pokok nie dan daunnya mestilah dalam jumlah yang ganjil, eg 5, 7, 9. Sapa2 yang nak kurus & menurunkan darah tinggi, boleh la try petua nie.



Sedapnyaaa...





Pengat Pisang @ Bubur Pisang


Setengah tempat panggil pengat pisang, tempat lain pulak panggil bubur pisang. Walau apapun namanya, yang penting kemanisan & kesedapan rasa tu yang kita inginkan. Muehehe...

Nak buat pun sangat la senang. Pisang, air, daun pandan & gula melaka naik sekali dalam periuk. Kalau letak gula putih pun boleh. Bila agak2 pisang dah lembut sikit, masukkan santan dan letak garam sikit. Agak2 dah sebati boleh tutup api. Sambil biar atas dapur siap boleh lipat2 kain, nyapu2 sampah kat laman rumah pun boleh. Hehe. Dan biasanya pengat @ bubur pisang dibuat menggunakan pisang abu, pisang awak, pisang nangka & pisang raja (kalau tak salah).

Jemput makan :)



Orange Buttery Cake

Bila tiba mood membaking, apa lagi...Segala macam kaler2 icing ada. I buat kek nie sempena my lil bro's 16th birthday. Dia mintak banana cake at first and I was like, "Wehhh, nobody requested banana cake for their birthday celebration laaa!" Kalau dia mintak chocolate mousse banana cake, then it is acceptable. But banana cake? Whattt? Whattt? Bukan apa, cuma tak sesuai nak letak icing or segala cream2 bagai nanti.

Akibat dah terlebih icing, maka bertompoklah icing kat tengah2 kek tu. Nak simpan macam tak berbaloi, pasal nampak macam sikit. Sekali letak kat kek, tudiaaa. Anyway, resepi nie memang best. Kek naik cantik dan rasa lembut je. Manisnya pun secukup rasa. Kalau tak silap I ambik resepi nie dari MyResepi. Tenkiu kepada tuan empunya resepi dan mintak ampun sebab dah alter sikit :)


Bahan - bahan
250gm atau 1 ½ cawan tepung naik sendiri
175gm atau 1 cawan gula halus
175gm atau 1 cawan butter
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu segar atau susu cair
Parutan kulit oren
Jus dari 1 biji oren
Sedikit esen oren


Cara – cara 
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan tepung, parutan kulit oren, susu segar, esen oren dan jus oren. Pukul sebati.
5. Bakar hingga masak. (45min - 1 jam / 175 celcius)





Spicy Mackerel Roll with Cheese

Menu time malas menjelma lagi. Haha. Cepat, mudah dan mengenyangkan.



Sunday, March 24, 2013

It's Chicken Tortilla!


Mesti semua pernah try tortilla kan? So Mexicano! Woohooo! *over kejap
Anyway, tortilla memang super sedap. tortilla chips & salsa pun best! Haiyo, lapo2...

So disini, nak tayang la sikit tortilla yang I buat beberapa abad yang lalu. Hahaha. I letak isi ayam dengan macam2 sayur plus ada hirisan mangga lagi u'olls. Konon nak bagi lagi sedap la kan.

Makan satu pun dah kenyang :P



Beef with Black Pepper Sauce

This is the simplest dinner ever. Beef diperap dengan garam, black pepper, mixed herbs and garlic. Gravynya pun senang. Pakai demi - glaze brown sauce. I'm so in love with this sauce! Easy, delicious and the most important thing is - time saving. Muehehe. Nampak benor malasnya. I tambah sauteed garlic & black pepper je dalam sauce tu.

I also added chips and mixed veggies. Senang kan?



Roti Jala & Kari Pecah Telur


Dah tetiba teringin nak makan roti jala pulak... Ingat nak makan dengan kuah durian. Cehhh,  durian pulak takde. So digagahkan jugak buat kari. Bukak freezer, cari ayam, daging or ikan. 

Semua la takde disaat - saat genting nie. Dan tak semena - mena, ternampak telur ayam yang cute2 jek kat atas meja. Yezzaaa, kari pecah telur pun jadiii. 



Jeng jeng jeng. Makannya 3 -4 ketul jek, sekadar nak melepaskan ke-kempunan-an. Haaa, tudia...Nasib la ada kroni2 tolong perabihkan. Legaaa. So lepasnie kalau tak makan roti jala lagi setengah tahun pun takpe. Dah lepas kempunan. Haha.

Thursday, March 21, 2013

Craving for...Pizza?

Bila bercakap pasal pizza, mesti ter-imagine Canadian Pizza, Dominos atau Pizza Hut kan? Tambah2 yang ada cheese meleleh - leleh tu kan? Haha. I prefer Dominos sebab less 'greasy' dan toppingnya banyak pilihan. Kalau home - made lagi best, boleh letak topping macam2. Nak sampai melimpah pun takpe kan, hehe.

Jadi I nak share resepi doh pizza yang selalu I buat. Resepi doh nie bukan saja boleh dibuat doh pizza, buat bun dan donut pun boleh ;)

Bahan - bahan
600 gm tepung berprotein tinggi
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
5 sudu kecil yeast
1 biji telur
250 ml air suam
2 sudu besar mentega

Sos spaghetti secukupnya
Bawang
Cendawan
Lada Benggala
Isi ayam / Daging
Mixed herbs / Oregano
Tomato
Keju mozarella, parmesan, cheddar & etc

Cara - cara
1. Campurkan tepung, gula dan garam. Gaul rata, masukkan yeast.
2. Gaulkan adunan tepung tadi dengan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Buatkan bulatan ditengah - tengah, pecahkan telur dan gaul.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis. Uli sehingga menjadi doh.
5. Tutup doh dah biarkan selama 30 - 45 minit.

Selepas 30 minit, doh akan mengembang. Lagi elok kalau biarkan 45 minit. Keluarkan doh, tumbuk2 sikit (tumbuk manja2 je eh). Bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian. Dalam masa yang sama, panaskan oven pada suhu 170c. Canaikan doh. Nak buat bulat boleh, petak pun boleh.

Mulakanlah proses dekorasi, hehe. Sapukan doh dengan sos spaghetti (kalau takde, letak sos cili & tomato pun ok), tabur oregano, isi ayam, bawang, cendawan, lada benggala, tomato dan macam2 lagi. Akhir sekali baru tabur parutan cheese. Siap untuk dibakar. Selamat mencuba ;)




Sunday, March 17, 2013

1Million Women Purple Walk



Happy Women's Day to all women out there! ;) I know it's kinda late. Sorry, my bad. Hehe. This morning, short - walkathon was held at Putrajaya to celebrate Women's Day. Crowds of people participated mostly were government servants, marching band and students. Plus parents who brought their children, boyfriends who brought their girlfriends, and even senior citizens were there to gave their support. Way to go! *clapping*

As I was one of the Marshal, I have to be there as early as 5 a.m. I couldn't sleep at all last night so I get kinda dizzy this morning. The walk started at 9 a.m cause we had to wait for our Prime Minister and Deputy Prime Minister. We sang our national anthem, 1M4U, and few other songs.

It all went smoothly as all the crew expected. Everybody enjoyed themselves very much. This is why I love Malaysia, such a peaceful and harmony country ;)


Baju free. Lol








Saturday, March 16, 2013

SMASH

Have you ever watched SMASH (TV Series)? I'm so crazy over the show!

The series revolves around a fictional New York theater community and specifically the creation of a new Broadway musical.

Among the cast, I'm so in love with Jack Davenport. His accent (he speaks British accent), his hair and his personality are sooo sexy! Lol


Jack Davenport @ Derek Wills. Can I bite you, Sir? 

Katharine McPhee. Isn't she cute? :)







When will I see you again?






ADELE - DON'T YOU REMEMBER

When will I see you again?
You left with no goodbye not a single word was said
No final kiss to seal anything
I had no idea of the state we were in

I know I have a fickle heart and a bitterness
And a wandering eye and heaviness in my head
But don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before
Baby please remember me once more

When was the last time you thought of me?
Or have you completely erased me from your memory?
I often think about where I went wrong
The more I do, the less I know

But I know I have a fickle heart and a bitterness
And a wandering eye and heaviness in my head
But don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before
Baby please remember me once more

I gave you the space so you could breathe
I kept my distance so you would be free
And hope that you find the missing piece
To bring you back to me

Why don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before
Baby please remember me once more

When will I see you again?




Chocolate Chip Cookies


Assalamualaikum & good morning! Harini I nak share resepi Chocolate Chip Cookies. I got this recipe from Dapur Kak CT. Thank you so much Kak CT, memang extremely sedap dan mabelesss. Resepi nie juga tak pernah menghampakan. Buat je, mesti jadi. Hehe. Kat bawah nie I sertakan resepinya tapi dah ter-alter sikit :P

Bahan A
2 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
secubit garam

Bahan B
250 gm mentega
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
chocolate chips, badam hiris, walnut, kismis etc.

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur.
2. Masukkan bahan A. kacau rata.
3. Masukkan chocolate chips, kekacang, kismis etc.
4. Sudukan di atas adunan pembakar dan bakar pada suhu 170c selama 10 - 15 minit. 


                RESEPI NIE SANGAT DISYORKAN SEBAB INSYAALLAH MENJADI DAN SEDAP :)





Moist Chocolate Cake


Howdy, folks! What's cracking? Today I would like to share steam chocolate cake recipe. Hope you guys like it.

Ingredients
1 cup of cocoa powder
1 cup of sugar
1 cup of butter/canola oil
1 cup of milk
1/2 cup of condensed milk
1 1/4 cup of flour
1 ts of baking powder
1 ts of bicarbonate of soda
3 eggs (beaten)

Directions
1. Combine the cocoa powder, milk, sugar and oil.
2. Simmer until the sugar dissolve. Set aside.
3. Combine the flour, baking powder, bicarbonate of soda in a bowl. In the meantime, pour condensed milk into the cocoa mixture.
4. Add eggs and stir until it all are well mixed.
5. Add to the dry ingredients. Beat just until combined. Then, pour into a greased 6-inch round baking dish. Steam it for an hour or until a toothpick inserted near the center comes out clean. Cool completely on a wire rack.








Yummy!

Pages